Saturday, August 6, 2011

‘Tak sambung kontrak senat selesai kemelut’

PELAJAR mengadakan bantahan di luar pekarangan UNISEL di Bestari Jaya, semalam.
PELAJAR mengadakan bantahan di luar pekarangan UNISEL di Bestari Jaya, semalam.
KUALA SELANGOR: Sebuah gerakan pelajar di Universiti Selangor (UNISEL) yang menamakan kumpulan mereka sebagai Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) menuntut lembaga pengarah universiti itu tidak menyambung kontrak kelima-lima ahli jawatankuasa senat bagi mengakhiri kemelut yang berlaku pada peringkat pentadbiran.

Kelima-lima mereka ialah Naib Canselor (NC), Datuk Dr Rosti Saruwono yang kontraknya tamat pada Mac 2012: Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik, Prof Dr Anuar Ahmad; TNC Perancangan Strategik dan Pembangunan, Prof Dr Mohamed Daud; TNC Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Zainal Abidin Kidam (Disember 11) dan Naib Presidennya, Datuk Latifah Hassan yang tamat kontrak pada 1 Ogos lalu.
Ketua Umum AKSI, Muhammad Shahimi Ariffin, berkata ia adalah antara lima tuntutan dikemukakan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menerusi satu memorandum, petang semalam.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More