KUALA LUMPUR: Ada pertubuhan di negara ini berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada golongan miskin dan menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan akidah mereka hingga sanggup menukar agama akibat desakan hidup.
Difahamkan, ada individu Islam menerima elaun tetap sehingga RM1,000 sebulan dengan hanya mengikuti program pertubuhan itu dua kali seminggu. Malah segelintir peserta turut mengakui menerima bantuan menyelesaikan beban hutang, termasuk ansuran kenderaan, rumah dan kad kredit.
Setiap peserta turut dijanjikan `kehidupan baru’ oleh pemimpin pertubuhan terbabit yang menggambarkan dirinya seolah-olah `penyelamat’ jika mengikuti segala program diatur, termasuk kesediaan menukar agama.
Bekas pengikut pertubuhan itu yang mahu dikenali sebagai Adazhan, 30-an, mengakui pernah dilatih menjadi paderi sepanjang 10 tahun menjadi pengikut program berkenaan, termasuk menukar agama isteri dan anak-anaknya sebelum kembali ke pangkal jalan.
Ketika ‘diselamatkan’ daripada kesempitan hidup, Adazhan mengakui menerima tawaran bantuan pertubuhan itu adalah pilihan hidup untuk menyelamatkan keluarga daripada kepompong kemiskinan.
Malah, kesungguhannya mengikut program membolehkannya menghadiri kursus menjadi paderi dan dijanjikan Rumah Doa sendiri dengan pembiayaan penuh pertubuhan untuk menjalankan aktiviti keagamaan.
“Dulu saya terima bantuan kewangan RM500 sebulan. Bagi yang ada isteri, mereka diberi tambahan RM300 dan RM100 bagi seorang anak. Bagi saya yang hidup merempat ketika itu, cuma itu pilihan terbaik. Sekarang, jumlah bantuan bertambah dan difahamkan, ada yang dapat lebih RM1,000 sebulan.
“Saya percaya ramai sudah terpedaya selepas termakan pujukan dan terhutang budi dengan bantuan diterima. Cuma, mereka takut menukar status agama dalam MyKad,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Beliau mencadangkan supaya mereka yang terpedaya, tidak dikenakan hukuman atau ditangkap kerana bimbang menyebabkan keadaan lebih teruk, sebaliknya didekati secara lembut dengan membetulkan semula akidah dan diberi bantuan sepatutnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu majlis makan malam anjuran sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Difahamkan, 50 orang Islam menghadiri majlis itu ketika serbuan dibuat, namun hanya 12 daripada mereka termasuk lapan wanita berjaya ditahan dan diarahkan memberi keterangan di Ibu Pejabat JAIS di Shah Alam, 9 Ogos ini kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Sementara itu, salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam serbuan berkenaan mendedahkan peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung.
Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa.
“Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia,” katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu.
Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan ‘minuman istimewa’ diikuti upacara pembaptisan.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen
mohd shahain bin mohd noor
Bila dah terdesak inilah padahnya lupa allah dan jalan pintas mohon pertolongan dengan cara yang salah.Salah tetap pada individu terbabit.Pihak kerajaan dan pembangkang asyik nak cari kelemahan masing2 dengan harapan nak dapatkan sokongan rakyat.Kesudahannya perkara2 sebegini boleh terlepas pandang.Sebenarnya inilah iktibar dari Allah swt kepada umat2nya.Kalau tidak nampak juga kelemahan diri terimalah akibatnya....
mahsahirun
soal jasmine dn isso ni apa na kata.selagi bergelar manusia tidak lari dari kekurangan dan kesilpn.kalau la diri ANDA diletakan ditempat jasmine saya pun tatahu apa jadi.cuma kepada pehak yg perkenaan harus lah ambil iktibar dimasa ini tanggug jawap ANDA belum lagi mantap.Selami=Jiwa.Rawat=Rohani.Perkasahkan=Peribadi.
jm
sy sokong amyrol dan mk,mana pigi duit zakat utk bantu org susah (Islam).gaji sy di potong tiap bulan utk 2 jenis zakat.kat mana ia d salurkan?
zuone
Zakat diberi kepada Asnaf yg layak.. Sbb tu MAIS/JAIS mungkin kena ambik masa lebih sikit untuk beri pada yg layak... Masalahnya kita sebagai umat Islam kena tubuhkan sendiri dana untuk membantu org2 yg memerlukan selain zakat itu sendiri. Pihak gereja sudah semestinya mempunyai dana yg banyak daripada sumbangan2 ahli mereka yg kebanyakannya tokey2 & bisnesmen... Umat Islam? Hampir majoriti makan gaji dgn tokey2 & bisnesmen yg beri sumbangan kepada gereja tadi. Lepas tu selebihnya sibuk berpolitik x kira parti mana.. Sedangkan bangsa mereka sibuk bisnes cari duit.. fikirlah.. mereka sudah menguasai ekonomi.. kini mereka nak menguasai politik pula..
paksum
sudah2 la tu...nk berbalah tu kenapa..sepatutnya kita memandang hal ni sebagai masalah bersama..selesaikan bersama2 dgn pihak yg berwajib..bagi pihak yg berwajib tu pula...dimana ada kesalahan atau kelemahan dlm sesebuah pengurusan anda tu...cuba perbetulkan semua..malah cuba untuk memantapkannya lagi supaya benda2 seperti ini tak akan berulang lagi di masa2 hadapan.. hal ini boleh di selesai dengan cara baik..tak perlu la berbalah sesama kita..
ajai
Pemantapan akidah yang mantap dan itu sekurang-kurangnya gejala ini akan berkurangan.Benarlah kata Allah tidak akan redha Nasrani dan Yaahudi kecuali kita akan mengikuti mereka
Kamal
Orang macam ni wujud dimana -mana
Barang yg tak pasti jgn melenting tak tentu pasal..
Kemiskinan membawa kekufuran....
Mereka ini ada yg bersikap oputunis.. ang zakat sapu wang gereja pun sapu.. macam perompak ada diaingat apa yg dibuat itu salah, menusahkan org lain, bunuh itu salah.
Mereka ambik kesempatan. org gerejapun ambik kesempatan . bukan nak tolong kerana "TUHAN'merak
Jng kita pula menuduh esama kita eagama
Fikirkan
Kem
Barang yg tak pasti jgn melenting tak tentu pasal..
Kemiskinan membawa kekufuran....
Mereka ini ada yg bersikap oputunis.. ang zakat sapu wang gereja pun sapu.. macam perompak ada diaingat apa yg dibuat itu salah, menusahkan org lain, bunuh itu salah.
Mereka ambik kesempatan. org gerejapun ambik kesempatan . bukan nak tolong kerana "TUHAN'merak
Jng kita pula menuduh esama kita eagama
Fikirkan
Kem
Itulah bantu dahulu umat Islam dengan wang zakat. Buat apa pergi jauh - jauh orang kita lagi masih miskin.
fahmi
berdasarkan kejadian ini golongan sasar mereka adalah orang miskin dan dalam keadaan terdeszak yg hidup di bandar besar. kita sedia maklum kos hidup di bandar besar ini tinggi dengan harga barangan runcit yg tidak pernah turun.kita tidak boleh menyalahkan individu tersebut 100%, sebaliknya pihak berwajib hendaklahmemberi bantuan kepda mereka yg hidup dalam keadaan kemiskinan dan terdesak. pepatah ada mengatakan 'kemiskinan membawa kekufuran'. Pihak berwajib jangan la gah pada nama sahaja,sebaliknya fikir la tanggungjawab anda kepada masyrakat
akulah aku
Subhanallah.. En. Karim, bawa mengucap... ayat anda itu mungkin akan mengundang padah.. jangan sampai murtad akibat tutur kata yang tidak dijaga..
mereka yang memerlukan bantuan, sepatutnya berusaha dan bersabar..bukan menunggu bantuan datang.. malah, tiada bantuan tidak seharusnya menjadi punca boleh terjebak dalam hal ini.. ada pepatah pernah mengatakan "JIKA KAMU MEMBERIKAN SESEORANG ITU IKAN, DIA AKAN HANYA DAPAT MAKAN PADA MASA ITU SAHAJA TETAPI JIKA KAMU MENGAJARNYA MEMANCING IKAN DIA AKAN DAPAT MAKAN IKAN SEUMUR HIDUPNYA".. kepada nama "SALAHKANKNORANG" dalam surah Al-Asr ayat 1-3.. ALLAH berfirman maksudnya; "DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN, MELAINKAN MEREKA YANG BERIMAN DAN MELAKUKAN AMAL SOLEH SERTA BERPESAN-PESAN KEPADA KEBENARAN DAN KESABARAN..
mereka yang memerlukan bantuan, sepatutnya berusaha dan bersabar..bukan menunggu bantuan datang.. malah, tiada bantuan tidak seharusnya menjadi punca boleh terjebak dalam hal ini.. ada pepatah pernah mengatakan "JIKA KAMU MEMBERIKAN SESEORANG ITU IKAN, DIA AKAN HANYA DAPAT MAKAN PADA MASA ITU SAHAJA TETAPI JIKA KAMU MENGAJARNYA MEMANCING IKAN DIA AKAN DAPAT MAKAN IKAN SEUMUR HIDUPNYA".. kepada nama "SALAHKANKNORANG" dalam surah Al-Asr ayat 1-3.. ALLAH berfirman maksudnya; "DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN, MELAINKAN MEREKA YANG BERIMAN DAN MELAKUKAN AMAL SOLEH SERTA BERPESAN-PESAN KEPADA KEBENARAN DAN KESABARAN..
misga
JANGANLAH MENYEKUTUI ALLAH WALAU PUN KAMU DIBAKAR HIDUP-HIDUP ATAU DICINCANG LUMAT
idontcare
setuju dgn salahkanorang
di mana baitulmal?
apakah agihan zakat tidak dilakukan secara berkesan?
jakim sila pantau
di mana baitulmal?
apakah agihan zakat tidak dilakukan secara berkesan?
jakim sila pantau
orangkecil
Manusia tdk boleh menghakimi dlm hal berkaitan dgn Iman. Hanya tuhan yg boleh jd Hakim. Sebagai manusia kita digalakkan utk membantu golongan yg memerlukan. "Kasihilah Sesama Manusia"
rashid.dollah
Bagi saya perkara sebegini terjadi adalah kerana sikap individu itu sendiri.Selagi kita tak ubah sikap bergantung harap maka ramai lagi yang jadi begini.
islam agama yang benari
sedihnya... syabas utk jais... Allah disisi anda semua... kepada Pihak Kerajaan n Pembangkang.. jgnlah asyik berpolitik.... sebenarnya perkara ini lama dah berlaku, kerana kelalaian pihak
salahkanorang
habis kau nak kasi duit kat Jasmine ni? mana baitulmal? tido? pastu salahkan agama lain? kot ye pun Jasmin nak masuk agama Kristian, salah siapa dia jadi benci dgn Islam? hal dia dan tuhan, ko sapa nak komen?
aji
Asras,yang buat kerja ni semua nya orang melayu dan yg menyusahkan orang2 melayu sendiri yg kerja dgn jawai ke jais yg buat kerenah birokerasi ini semua nya orang2 melayu pemerintah pun melayu pembangkang pun melayu yang masuk krestian pun melayu keran orang2 melayu sendiri sudah hilang jati diri kerana sedikit wang sanggup mengadai agama dan bagi golongan muda kefahaman tentang agama juga terlalu lemah
Bok Bong
jgn slhkn org lain...slhkn diri sndri...knapa xmnolong mereka sms mereka susah....zakat bpuluh juta ringgit...g la bantu org yg dok merempat...mlambak g kt luar tu...ni bile org tolong...mgata org len plak...xhbis2 nk bbalah...lepas mslh politik...mslh agama plak...pastu kaum...smua la mslh kt malaysia ni...mungkin..nk kena 1 kaum..1 agama..1 fhmn politik je kot dok kt malaysia...bru aman damai
mujahid
ini yang dikatakan oleh rasulullah, umat islam ramai tapi dikerumuni oleh umat lain untuk dikotak-katikan. berpejanglah pada al-quran dan sunnah rasulullah, ianya jaminan allah dan rasul.
celaru
Ini suatu kelemahan yang patut diatasi , mengapa biarkan orang miskin yang memerlukan bantuan mengemis ke tempat yang tak sepatutnya.
Kamal
Aku dulu pernah minta bantuan Jais dan minta nasihat pada dia orang. tentang bantuan yang di berikan oleh pihak gereja. dia cakap pulangkan dan isi borang kat jais tapi kena tunggu 3 bulan atau lebih. dia orang cakap duit zakat tak boleh bagi sebarangan
tapi kita kena kaji kalau kita terdesak takkan nak tunggu 3 bulan. itu 3 bulan kalau dapat kalau tak dapat susahlah. sebab itu pihak gereja sanggup nak menolong sebab mereka tahu kita punya jabatan agama islam tak akan tolong. kalau tolong pun sebab gambar nak keluar kat TV macam bersama mu baru mereka tolong. Cakap dapat berbillion billion tapi nak tolong orang islam pun susah tapi kalau buat jamuan, buat motivasi atau seminar pandai ambil duit zakat.
tapi kita kena kaji kalau kita terdesak takkan nak tunggu 3 bulan. itu 3 bulan kalau dapat kalau tak dapat susahlah. sebab itu pihak gereja sanggup nak menolong sebab mereka tahu kita punya jabatan agama islam tak akan tolong. kalau tolong pun sebab gambar nak keluar kat TV macam bersama mu baru mereka tolong. Cakap dapat berbillion billion tapi nak tolong orang islam pun susah tapi kalau buat jamuan, buat motivasi atau seminar pandai ambil duit zakat.
Orang BP
Begitulah jadinya jika orang islam dan melayu berpecah...Kaum lain ambil peluang untuk terus menghancur dan memusnahkan Islam dan Melayu. Insaf dan taubatlah sebelum terlambat.
En Ahmad
Alasan kesempitan hidup hanya relevan kpd org2 susah yg duduk di pedalaman kampung2. Utk Yang duduk dibandar perkara ini tak patut timbul kerana pendatang pendatang asing yg datang sehelai sepinggang pun bole usaha mendapatkan kerja. Kenapa anda tidak bole usaha sedangkan peluang utk org tempatan lebih cerah berbanding pendatang asing. Sebenarnya mereka ini nak kerja mudah dan senang dpt duit. Baitulmal Ada bantu, pergilah Mintak takkan nak suruh baitulmal datang cari. Kalau kalau hari hari Mintak pun tak relevan jugak. Kena usahalah.
Orang Kita
Benda ini telah lama wujud,bahkan d luar negara juga..berita ini disebarkan hanya untuk menghuru-harakn rakyat sendiri..bantu membantu itu amalan mulia..mereka bantu,mereka ajar macam mana hidup dengan lebih tenang dan aman, itu suda menjadi rutin agama mereka..bukannya memaksa mereka menganuti agama tersebut..jikalau seseorang itu telah menemui ketenangan jiwa dan rohani..mereka akan mencari jalan hidup sendiri tanpa bergantung lagi kepada komuniti tersebut..mereka pergi dalam damai..jangan salahkan agama dalam hal ini..salahkan orang yang sengaja menghasut perkara ini..
farhan92
musuh dlm selimut...golongan2 sprt inilah yg sdg menghancurkn umat Islam di kala kita sdg leka dgn kehidupan dunia...bgnlah umat Islam...sesungguhnya musuh yg sebenar tlh muncul...satukn perpaduan ummah...
gorbachov
kepada karim dan tidak bernama....
kalau kamu berdua dah kafir janganlah mengajak orang pula jadi kafir. jangan jadi bodoh. gunakan akal sebaik2nya.
kalau kamu berdua dah kafir janganlah mengajak orang pula jadi kafir. jangan jadi bodoh. gunakan akal sebaik2nya.
nooriz
MasyaAllah..Jauhi kami sekeluarga dan keturunan kami dari terperangkap dgn tipudaya, dajal dan segala helah yang mengheret ke arah kemurkaan Allah Azzawajalla..Bertaubatlah kembali dengan membaikpulih iman kerana dunia tiada apa2 melainkan pentas tipudaya!! Akhiratlah segala2nya..carilah bekalan ke sana!!!!semoga Allah mengampunkan !!!
asicsbest
Kenapa kerajaan masih takut utk bertindak keatas gereja dan ngo yg terbabit??? Jgn jadi mcm Indonesia kedua pula. Wahai Org2 politik yg mengaku ulama dan lain2 pulanglah kepangkal jalan, atasilah masalah ini dgn akal dan bukn kepentingan politik.... sedih krn MB selangor masih lena dan mimpi indah lg
mohd
Kepada yang salahkan pusat zakat, fikirkanlah, macam mana hendak bagi rm1000 seorang sebulan kepada setiap orang miskin di Malaysia. Saya yakin pusat zakat ada memberi bantuan kepada orang miskin tetapi tidaklah sampai rm1000 sebulan. Tambah pula, bukan semestinya mereka yg mendapat bantuan gereja ini miskin, mereka mungkin dibebani hutang kerana kesalahan sendiri maka tidak layak untuk menerima bantuan zakat. Orang-orang seperti ini yang mudah dipergunakan.
Tapi saya sokong pusat zakat supaya lebih telus dari segi bagaimana mereka mengagihkan kutipan mereka.
Akhir sekali, usahlah kenyataan kita tentang isu ini didorong oleh pegangan politik kita.
Tapi saya sokong pusat zakat supaya lebih telus dari segi bagaimana mereka mengagihkan kutipan mereka.
Akhir sekali, usahlah kenyataan kita tentang isu ini didorong oleh pegangan politik kita.
IZZUDDIN ALI
Ketepikan perbezaan politik, andainya kita sayangkan Islam, kita harus sokong tindakan JAIS. Jangan terlalu liberal sehingga melemahkan Islam. Hari ini, secara terang-terangan gerakan missionary sudah menunjukkan tembelangnya. Apa lagi alasan Kerajaan Selangor?
usop.kompakar
ya allah tolonglah sedarkan mereka ini kejalan yang benar. tolonglah jais tangkap ketua yahudi yang di laknat oleh allah
fairuz bin kamarulzaman
kita mesti menentang kerjaan Pakatan Rakyat di Selangor yg amat menyokong pertubuhan Gereja meneyebarkan Kristtian dikalangan Melayu Selangor sehingga JAIS yg cuba menyelamatkan akidah umat Islam Selangor pun dilayan seperti penjenayah.. Hapuskan kan Kerajaan PR
Hamba Allah
Salah siapa?..... Jangan lupa ada yang memerhati dan menunggu masa saja untuk bertindak dan seterusnya menggugat akidah umat Islam.... bukan sengaja nak mencetuskan sesuatu tapi inilah realiti kini....
Mohd Khaidir
Bila mereka yang betul-betul memerlukan bantuan dan tidak dibantu inilah yang akan terjadi. Hakikatnya sumbangan yang diterima oleh Baitulmal sepatutnya boleh digunakan dan perkara sebegini dapat dihindari. Adakah saluran Baitulmal kena pada yang sepatutnya diterima?
HalimAZ
Perkembangan terkini amat merisaukan oleh pihak2 tertentu membabitkan agama. Kita dikejutkan terdahulu akan penggunaan bahasa melayu dalam cetakan injil dan penggunaan nama Allah dalam kitab. Pada masa yang sama pihak parti politik amat sibuk berpolitiking, pihak kerajaan dalam keadaan fana, Jabatan agama yang kurang agresif, dalam perpecahan ini pihak tertentu mengambil kesempatan
sukasuki
bukan hanya di selangor, tetapi pernah juga didedahkan dahulu di perak dan terengganu. sepatutnya dijadikan peringatan dan amaran kpd org2 islam, agar membantu saudara seislam yg dlm kesusahan. syabas kpd jais dan ustz hasan ali yg berjaya membongkar kes ini. jgnlah pembaca lain menganggap hal ini adalah remeh, jgn smpai anak2 anda sndiri masuk kristian baru nak tersedar.
bangsawan terbuang
rakyat malaysia majoriti islam,tapi semua xde sikap ambil tahu akan orang lain.,lebih pentingkan diri sendiri..susah nak kongsi keperitan orng lain,kita tak sepakat sebab tu kita selalu di perbodohkan.kalau x mintak bantuan x de la sesiapa nk hulurkan bantuan.,tunggu nak pilihan raya nanti baru sibuk nak kasi bantuan..semua nk berpolitik
Yangretibase
Benar sekali kata cik ri "sudah terang lagi bersuluh", dan fahamlah kita kini pihak mana yang patut dituduh!!!
charlie d
berita serbuan JAIS semalam ini mengesahkan apa yang sudah lama saya baca dan dengar tentang taktik pendakwah ugama lain mempesongkan akidah orh Islam kita terutama yg nipis pegangan Islam nya. Kepada pihak berkuasa saya mengesa agar terus berani membenteras aktiviti yg amat merbahaya ini. Kepada saudara Karim...saya tidak tahu anda berada di dlm kelompok mana tetapi statement anda amat mendukacitakan. Tidak Bernama; bila sudah mati itu sudah terlambat...sebenarnya perkara dan isu ini memang sudah lama berlaku. nampaknya anda seperti tidak prihatin dgn isu yg mencabar umat Islam.
adysurya05
Hmm dah betullah perkara ni.Maknanya kita semua kena Muhasabah diri..apakah kita tidak menyumbang dalam permasalahan ini.Asik politik hingga lupa tanggungjawab
asraf
Ermmm apabila orang Islam yang susah,daif dan serba kekurangan mendapat bantuan daripada pihak agama lain baru la jabatan-jabatan agama islam ni hendak buat kerja. Zakat berjuta-juta tu disalurkan ke mana?banyak karenah birokrasi yang menyebabkn hal-hal seperti bantuan tidak sampai kepada golongan yang memerlukan..jangan salahkan pihak gereja sahaja,tetapi pihak jabatan agama islam perlu menangani masalah ni dari akar,pembentukan akidah yang mantap dikalangan umat islam perlu ditekankan disamping hal kebajikan dan ekonomi umat islam perlu dijaga.
hamba allah..
assalamualaikum kepada semua pembaca..gejala harus di hindari dan di tangani dgn segera oleh pihak yg berwajib..sudah lama perkara ini kita dengar...sebelum merebak dgn lebih menular..pucuk pimpinan harus mcari jalan inisetif..kerana di himpit masalah kewangan mereka sanggup gadai maruah dan agama islam yg suci..
amran abu bakar
kita tak perlu menyalahkan sesiapa dlm hal ini, sepatutnya kita sama2 mencari jalan terbaik serta buah fikiran atau ideal yang bagus bagi menyelesai atau mengurangkan gejala berkenaan berterusan.
laza
inilah masanya kerajaan menggunakan kuasa yang ada...tahan mereka yang menyebar dakyah dalam ISA....
Amir
jgan terus menyalahkan org lain. dah mmg itu cara dakwah mereka. rasenye islam pon ade menyuruh membantu org miskin dan susah. tak payah nak guna perkataan "sogok" sgat la....
kire tu "zakat" diorang... kita punya zakat yg dibyar oleh umat islam (majoriti rakyat malaysia)pgi mana?? pkir2kan la...
kire tu "zakat" diorang... kita punya zakat yg dibyar oleh umat islam (majoriti rakyat malaysia)pgi mana?? pkir2kan la...
Hasan
Mana pergi duit zakat yang aku bayar tiap2 bulan? Aku HARAM kan kepada sesiapa yang menyeleweng. AMIM
Hazwan
Hanya IMAN yang TEGUH dan KUAT menjadi PERISAI daripada musuh Islam dan segala godaan di dunia..
zakaria.putih
Nak tahu apa baitulmal dan pusat zakat buat... cubalah anda buat permohonan mintak bantuan apa2 sekali..anda tahulah kerenah birokrasinya amat perit...nak kawin dua pun lagi senang drp mintak bantuan diorg.. ni bila diorg baca kes2 mcm ni diorg takkan rasa apa pun, diorg akan kata lemah betul akidah org2 Islam kita zaman sekarang..diorg takkkan rasa bersalah pun..cukup tahun umum dgn bangga brp puluh juta zakat yg dikutip..tp lupa zakat utk dibelanja bukan utk simpan, masuk unit trust ke labur ke ..ia untuk asnaf..
hamba Allah
pihak pusat zakat perlu tolong. Duit yang banyak jangan disimpan, beri pada yang patut jangan sedikit. Biar betul-betul membantu. Kadang duit nak raya sahaja diberi. Bulanan tu penting. Kita kena tolong umat Islam. Jangan cemburu kepada orang miskin kalau mereka dapat RM 800 sebulan. Mereka memang layak. Wang zakat untuk sponser pelajar ke luar negara tak perlu banyak. Cukuplah belajar dalam negara. Orang miskin di negara kita memang ramai. Tolonglah bantu mereka (pusat zakat / baitul mal )
marif
Semua pihak perlu main peranan masing-masing..Individu itu sendiri terutamanya mesti mantapkan ekonomi dan iman supaya tidak terlalu daif sehingga boleh dibeli dengan sogokkan yang amat sedikit. Kena kuat berusaha dan jangan asyik menyalahkan masyarakat dan baitulmal.
amy rol
tu la pasal,duit simpanan zakat umat Islam m'sia,berjuta-juta..tp bile org islam susah nk minta bantuan kewangan,banyak pulak syarat2nya..mane bole buat cm tu..itu duit zakat,hak seorang pemohon utk mendapatkan bantuan..memang wajar bile ade pihak luar yg bantu,sebab jabatan agama di setiap negeri LEMBAP!
Iskandar
Pepatah dulu ada sebut kera di hutan di susukan anak sendiri mati kelaparan. Hantar bantuan sampai ke Kemboja la, Laos la. Konon mereka hanya dapat makan daging setahun sekali. Ni umat Islam di negara sendiri tak ada duit nak beli makanan kenapa tak bantu? Sampai terpaksa merempat di kaki gereja, tak malu kah wahai pemimpin. Kempen, iklan sana sini suruh umat bayar zakat, mana pegi agihan wang zakat? Kenapa tak pernah majlis zakat tunjuk audit kemana duit zakat yang dikutip di salurkan?
Ross
Mengadaikan iman untuk mendapatkan bantuan duit bulanan? Tak rasa panas ke makan duit tu? Jangan salahkan orang lain kalau diri miskin atau tertekan dgn beban hutang yg dibuat sendiri. Orang kafir boleh buat 2/3 kerja untuk menampung kehidupan. Sesetengah orang nak senang je terima bantuan wang. Nak subsidi, nak bantuan wang tapi kerja malas.
MOHD KHAIRI HUSSIN
Tahniah dan syabas kepada para mujahid dari Jais, yang berjaya membongkar isu ini demi kadaulatan agama dan umat ini...
Shah
Bagi yg tak percaya perkara seperti ini dah lama terjadi, percayalah sekarang. Selama ni ia tidak dihebahkan di media massa atas sebab tidak mahu kekecohan antara agama. Tapi bila orang Islam dijadikan sebegini, ia patut diwar-warkan. Jika serbuan yg dibuat JAIS tempoh hari berkaitan perkara ini, moga Allah merestui hidup anda kerana menjalankan tugas demi menegakkan agama Islam. Allahuakbar!!!
zale
salam sejahtera, terima kasih kpd wartawan yg telah membongkar masalah ini..umat islam perlu ada kesedaran walaupun kita mendengar ceramah hampir setiap hari..Jabatan agama negeri dan persekutuan serta kementerian kebajikan perlu bertindak segera..pihak baitulmal di minta tidak hanya membantu pelajar shja tetapi turut membantu golongan ini..akhir sekali, individu berkenaan perlu lah ada iman yg jitu..tidak mengambil jln mudah utk menyelesaikan masalah..ada bnyk saluran..ingatlah kita umpama kambing dikelilingi puluhan serigala..wsslam
famir
kenapa ada yang menunjukkan kesalahan pada pusat zakat.sampai bila kita mahu derma rm1000 satu bulan golongan ini.sampai bila?ini adalah satu muslihat orang kristian.apa yang penting umat islam kita ini hari mesti bersatu hati dan kuatkan semangat menghadapi dugaaan.dimalaysia ni siapa yang berusaha dan rajin dia akan dapat kejayaan dan kekayaan tapi kalau malas berginilah jadinya.kesempaataan orang lain akan datang.
jay
Hmmm,benda ni bukan dah lama terjadi ke? Tapi tindakan perlu diambil segera,jika tidak, umat islam akan hancur..saya akui zaman sekarang semua bergantung kepada duit, tetapi kita kena yakin,rezeki ada dimana2,kita sebagai hambaNya kenalah rajin mencari dengan cara yang halal..bukan dari organisasi yang ada kepentingan lain...kalau ajaran organisasi ni betol hebat, x perlu la guna duit untuk tarik minat orang agama lain utk join agama dorang...kat situ pun dorang ni da x betol...tapi yang saya kesal dan selalu tertanya2..zakat selalu dikutip,tetapi disalurkan kemana? harap jika boleh dan kerajaan betul2 telus,siarkan laporan diakhbar berapa kutipan yang diterima baitulmal dan kemana ia disalurkan. Dengan cara ini,rakyat akan mendapat gambaran jelas kemana perbelanjaan kutipan zakat ini disalurkan...
Garam Dilaut
Inilah ujian bagi umat islam yang terlalu cintakan dunia dan meninggalkan ajaran al Quran dan sunnah.
rohana
Agama christin mengajarkan untk membantu yg susah kenapa agama islam tak boleh buat?jadi jangan salahkan mana mana kalau da terjadi.
zura
sesungunya...zamzn semakin sesat degan peredaran teknologi yg kian berkembang
Yang Bernama
Kepada yang menganggap isu ini tidak relevan. Pandanglah dengan mata hati. Penggunaan wang untuk memesongkan akidah telah lama berlaku. Ada juga yang menggap tidak masuk akal. Sangat nengecewakan. Kita juga kecewa dengan peranan baitulmal. Adakah kita hanya bangga dengan kutipan zakat yang begitu banyak tetapi tidak di cairkan ?
juradi
Sudah jelas .. islam adalah agama yang sebenar..
kerana itu islam menjadi sasaran.
kerana itu islam menjadi sasaran.
norsweet
Bagi saya pula masalah macam ni hanya menimbulkan salah faham...kalau sudah tahu salah kenapa nak ikut.....budak pun tahu beza.Kuasa "DUIT" terlalu kuat itulah salah jadi betul.
mohd ramzi
1- kita semua kena pi megaji supaya menjadi benteng pertahanan, kalau tak mampu jangan bersangkut dengan riba.
mk
Pada pandangan saya adalah tidak adil dam memalukan apabila kita sanggup menuduh sesuatu pertubuhan (tak kiralah apa dasar kepercayaan dan agama mereka)semata mata keana memberi bantuan kepada yang memerlukan.
Mana mana agama sekalipun mengajak pengikut nya supaya membantu mereka mereka yang dalam kesempitan hidup tanpa mengira fahaman dan agama. Kenapa kita perlu meloncat dengan cepat ?Kita perlu tanya semula apakah majlis Agama Islam dan Pusat Zakat yang ada wang berjuta ringgit (mungkin billion ringgit)benar benar menjalankan kewajipan dan tanggungjawab mereka.Kesimpulannya jangan cepat melompat nak salahkan orang lain bila kita sendiri tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.
Mana mana agama sekalipun mengajak pengikut nya supaya membantu mereka mereka yang dalam kesempitan hidup tanpa mengira fahaman dan agama. Kenapa kita perlu meloncat dengan cepat ?Kita perlu tanya semula apakah majlis Agama Islam dan Pusat Zakat yang ada wang berjuta ringgit (mungkin billion ringgit)benar benar menjalankan kewajipan dan tanggungjawab mereka.Kesimpulannya jangan cepat melompat nak salahkan orang lain bila kita sendiri tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.
JJ
kepada saudara karim,duit itu memang penting untuk hidup tetapi bukan matlamat utama dalam kehidupan.dan kalau saudara terfikir alasan terdesak itu adalah munasabah untuk saudara join pertubuhan itu tiada apa yang boleh saya nasihatkan lagi kecuali lu fikirlah sendiri!.dan lagi satu nasihat saya kalau ya pun marahkan orang lain janganlah buat statement macam tu.bahaya.kalau dekat 2 juta orang asing masuk Malaysia ni boleh dapat kerja .Apa alasan saudara?
haum
amat mendukacitakan... utk "tanpa nama"... kenyataan anda lebih mendukacitakan kami semua...
KD
Kerana kemaruk kuasa dan harta dunia, golongan ulamak dan bijak pandai islam telah bertukar selera. Golongan ini hanya tahu berpolitik dan menjual agama demi kelansungan kemewahan. Hendak memberi ilmu dan bercakap berkenaan dengan agama perlu bayaran dengan harga tinggi. Ada setengahnya sanggup menyalak di jalanan demi menunjukkan kepada umum mereka adalah bijak pandai yang telah sedar dengan keburukan pemerintah. Ada sbhg lagi yg telah diberitanggungjawab telah lupa peranan diri dan sombong. Imam/ustaz minta disanjung dan dihormati, tidak mau bercakap dan mendekati golongan yg rendah dan daif. Tugas hanya menjadi imam sembahyang lepas itu balik dan tidur. Kalau macam inilah sikap-sikap org berilmu dan alim ulamak, maka tidak menghairankan makin bertambahnya kumpulan islam yg berfahaman kristian seperti ini.
JJ
Hadiri program 2x seminggu dapat Rm1000 sebulan.Senang, cukup senang dapat duit tapi ia bukan percuma malah mahal harga yang perlu dibayar iaitu akidah,dan golongan sasaran adalah orang orang miskin dan ibu tunggal yang dalam kesempitan hidup terutama dikota besar KL.Sedih bila terbaca berita sebegini dalam sebuah negara islam, yang selalu mewarwarkan kutipan zakat setiap tahun berjumlah jutaan ringgit.Apa dibuat duit tu?Simpan dalam bank?Atau duit tu digunakan untuk perkara-perkara yang kononya lebih berfaedah. Adakah itu lebih penting dari difikirkan akidah umat islam yang tergadai atau mungkin terlalu banyak proses birokrasi yang perlu ditempuh untuk melayakkan diri mendapat pembelaan dan bantuan dari pusat zakat atau lain lain agensi jabatan agama Islam .Apa yang pastinya jumlah bantuan pehak lain lebih mudah dan lebih banyak dari bantuan yang diberikan oleh orang Islam sendiri.Ingatlah setiap dari kita mempunyai peranan dalam masaalah ini dan tentunya orang-orang yang memegang amanah mentadbir wang zakat mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dan pasti akan lebih dipertanggungjawabkan diatas amanah yang diberikan
tragon
skg nie mcm2 jenis potongan zakat ade,tapi ke maner semua duit ini disalurkan..samer2 kita renungkan...
suadi walbani
Satu iktibar buat semua umat islam di malaysia tercinta..bak kata pepatah "kera di hutan disusukan anak dirumah mati kelaparan".
Zakiah
Di mana pihak Baitulmal? Setiap tahun umat Islam membayar zakat. Kenapa tidak tolong mereka? Bila kita gagal menolong saudara sesama Islam, pihak lain mula mengambil peluang.
Tepuk dada, tanya iman sebelum salahkan orang lain.
Tepuk dada, tanya iman sebelum salahkan orang lain.
Rizal
Umat Islam di Malaysia, hentikanlah pertelingkahan. Jangan gila kuasa.
salahuddin zakaria
Mohon pihak berwajib menyelesaikan masalah ini ...
Tidak Bernama
Saya kecewa dengan pihak yang menulis berita ini.....hal mcm ni pun mahu dijadikan berita ka......tidakkah ini akan menimbulkan salah faham...kita hidup di dalam dunia tidak tahu pun mana yg betul sebenarnya...tunggu lah mati dulu barulah tahu siapa yang betul...
Karim
Tak heran la benda ni terjadi, sbb skrg ni segala2nya adalah duit. Kalau aku terdesak pun aku akan join jugak. Only money that matters!!
Nak mintak keje skrg ni perlukan kabel, kalau company org Islam sendiri x nak bantu org Islam sendiri, mcm2 boleh terjadi sehingga je tahap x percayakan qada' dan qadar yang mana secara tak langsungnya tak percayakan Allah swt.
Bgs masuk dalam agama lain kalau org Islam sendiri x nak bantu saudara seagamanya. Penganut agama lain bersatu padu, kita pla???
Nak mintak keje skrg ni perlukan kabel, kalau company org Islam sendiri x nak bantu org Islam sendiri, mcm2 boleh terjadi sehingga je tahap x percayakan qada' dan qadar yang mana secara tak langsungnya tak percayakan Allah swt.
Bgs masuk dalam agama lain kalau org Islam sendiri x nak bantu saudara seagamanya. Penganut agama lain bersatu padu, kita pla???
ridzuan_erid
masalah sebegini memang dah lama ujud.di mana kegagalan kita sebagai negara Islam yang makmur? jgn terlalu banyak menuding jari...kembalikan kepada kegagalan diri kita sendiri..masyarakat Islam yang kaya makin kaya..malah mengamalkan korupsi? tidak pernahkah mereka terfikir membantu masyarakat Islam lain yang lebih memerlukan? kalau saya hanya seorang guru pelatih yang hanya mendapat elaun 1300, boleh membantu keluarga ,ibu ayah, adik adik malah mempunyai tanggungjawab lain dapat membantu anak murid sy yang hampir merempat, kenapa tidak kamu? yang berpendapatan berpuluh ribu? berkereta jenama antarabangsa? jangan biarkan agama kita di tarafkan hanya pada nama dan mykad!!!
hadisyahmi
Assalamualaikum wr.th. tidak pelik. musuh islam sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan akidah seterusnya memurtadkan ummat Islam yang terpedaya dgn nikmat dunia yang sementara. Kpd saudaraku seIslam. kuatkanlah Iman, Mantapkan Akidah, Makanlah rezki yang halal, Taatlah kpd ibu bapa, berbuat baiklah dengan jiran. InsyaAllah selamatlah kamu dunia dan akhirat. Amin.
Gory
Ke mana pusat zakat? Ke mana janji janji orang atasan untuk membantu rakyat? Jangan terlalu memikir keuntungan peribadi hingga sanggup melihat sebangsa seagama menjadi murtad.
solaiman b lungkiat
rencana ini tidak masuk akal........
zubir ahmad
Dimana perginya duit zakat yg berjuta2 tu?
Siapa nak tanggung dosa mereka ni?Kempen kutip zakat macam nak rak..tapi inilah kesudahannya...Tlg buat kerja betul2.
Siapa nak tanggung dosa mereka ni?Kempen kutip zakat macam nak rak..tapi inilah kesudahannya...Tlg buat kerja betul2.
Madz 'Awadah
kita tak boleh nak salahkan siapa-siapa. Yang penting kena panadai jaga diri sendiri. Kuatkan iman dalam diri. Jangan sesekali tinggalkan kewajiban sebagai umat Islam.
cik ri
sudah terang lagi bersuluh!



0 comments:
Post a Comment