Thursday, August 11, 2011

RONNIE LIU DAN PELACUR... BERPISAH TIADA!!!

Siapa yang tak ingat bila Ronnie Liu marahkan pihak berkuasa dan ditahan kerana mengganggu pihak berkuasa menjalankan operasi membanteras pelacuran di Bandar Puchong Jaya pada 3 November 2008. Malah ramai yang masih ingat bagaimana Ronnie Liu mengeluarkan fatwa halal untuk Beer sebagai minuman orang Islam!



Sesuatu yang sangat ketara ialah PERTUMBUHAN PESAT pusat-pusat hiburan di Selangor semenjak Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Walaupun terdapat pencacai Pakatan Rakyat yang cuba menyalahkan UMNO dengan mencabar agar dibuktikan menerusi lesen-lesen baru yang diluluskan oleh Pakatan Rakyat di Selangor, selain mendakwa pusat-pusat hiburan haram tersebut adalah warisan dari zaman UMNO-BN, namun pengakuan daripada Ronnie Liu sudah cukup mematikan pembelaan berkenaan, sekaligus menyebabkan ramai pencacai Pakatan Rakyat yang selama ini meletakkan kesalahan kepada UMNO, marahkan Ronnie Liu kerana 'keceluparannya' itu.



Ronnie Liu yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri, mengakui bahawa terdapat banyak pusat hiburan yang beroperasi secara haram kerana tidak diberikan lesen. Bagaimanapun, menurutnya dia telah mengarahkan Kerajaan Tempatan (PBT) agar menjalankan operasi membanteras perkara itu sekurang-kurangnya sekali sebulan. (BACA DI SINI)



Paling aneh apabila Ronnie Liu mengatakan dia tidak tahu tentang kewujudan pusat-pusat hiburan haram yang jumlahnya lebih 4000 buah semenjak Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor dari UMNO-BN. Barangkali Ronnie Liu buta atau buat-buat tak nampak. Sekaligus apa yang berlaku pada November 2008 dahulu, menunjukkan kaitan antara Ronnie Liu dengan pusat-pusat hiburan, termasuklah rumah-rumah pelacuran yang berselindung di sebalik jenama hotel di seluruh Selangor!



Sebabnya, walaupun operasi dibuat sekurang-kurangnya sebulan sekali, tidakk kelihatan langsung keberkesanan operasi berkenaan, bahkan semakin banyak pula pusat-pusat hiburan baru yang muncul seperti yang berlaku di Pandan Indah dan Pandan Perdana - kawasan yang paling hampir dengan kediaman penulis!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More