
PELAJAR mengambil kesempatan bersalaman dengan Najib, sambil diperhatikan Khaled pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin pelajar IPTA, IPTS dan warga universiti di Seri Perdana, Putrajaya malam tadi.
PTPTN agih RM1,500 seorang kepada 35,664 pemohon sebelum pendaftaran
PUTRAJAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM53.4 juta sebagai wang pendahuluan pembiayaan kepada 35,664 pelajar yang akan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bermula 3 September depan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, semua pelajar yang layak akan menerima sebanyak RM1,500 seorang, dua minggu sebelum tarikh pendaftaran kemasukan ke IPT.



0 comments:
Post a Comment