Monday, August 8, 2011

Polis diserang di kota London

PENUNJUK perasaan bertempur dengan polis selepas seorang lelaki ditembak mati di Tottenham, semalam.

PENUNJUK perasaan bertempur dengan polis selepas seorang lelaki ditembak mati di Tottenham, semalam.
Rusuhan mula selepas lelaki ditembak



LONDON: Demonstrasi secara aman bertukar tragedi apabila penunjuk perasaan bertempur dengan polis pencegah rusuhan di utara ibu negara Britain kelmarin berikutan kematian seorang lelaki yang ditembak pegawai polis awal minggu lalu.



Dalam kejadian itu, dua buah kereta peronda polis, sekurang-kurangnya sebuah kedai dan sebuah bas dua tingkat dibakar, memaksa polis meminta pasukan bantuan untuk menutup jalan raya. Tiada kecederaan dilaporkan.
Bantahan dilakukan berikutan kematian Mark Duggan, 29, yang maut selepas berbalas tembak dengan polis Khamis lalu. Lelaki terbabit berada di dalam teksi ketika dia diminta berhenti oleh pegawai bersenjata dalam operasi penangkapan yang dirancang lebih awal.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More