
Aku rasa terpanggil untuk bertanya kepada JAIS mengenai Sophia yang tiba-tiba jadi "femes" selepas pemeriksaan dilakukan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama minggu lalu. Apa dah jadi pada budak ni.
Menurut fakta siasatan, budak ni sanggup mengaku sebagai BUKAN ISLAM ketika perbincangan antara JAIS dan penganjur majlis tu. Kemudian, dia terkantoi pulak apabila ICnya menunjukkan dia beragama Islam!
Keduanya, apakah JAIS hanya mampu membiarkan Sophia ini dihanyutkan oleh puak-puak mubaligh Kristian tu begitu saja? Ingat lagi tak kisah seorang budak yang bernama Aisyah Bukhari yang dilarikan oleh puak-puak Kristian ni?
Sebenarnya, ada banyak pendedahan mengenai budak-budak Islam kita di Kristiankan. Cuma tidak digembar-gemburkan saja. Tapi, sampai bila nak diam? Macam ni ke puak-puak Kristian tu hormati perlembagaan kita? Kasi betis nak paha pulak?
Berikut aku lampirkan satu artikel mengenai isu murtad ni. Boleh baca di bawah atau klik di sini untuk baca dari sumber asalnya. Artikel ni ditulis pada tahun 2004, 7 tahun lalu dan bayangkan berapa ramai saudara seagama kita yang telah murtad...
Menurut fakta siasatan, budak ni sanggup mengaku sebagai BUKAN ISLAM ketika perbincangan antara JAIS dan penganjur majlis tu. Kemudian, dia terkantoi pulak apabila ICnya menunjukkan dia beragama Islam!
Keduanya, apakah JAIS hanya mampu membiarkan Sophia ini dihanyutkan oleh puak-puak mubaligh Kristian tu begitu saja? Ingat lagi tak kisah seorang budak yang bernama Aisyah Bukhari yang dilarikan oleh puak-puak Kristian ni?
Sebenarnya, ada banyak pendedahan mengenai budak-budak Islam kita di Kristiankan. Cuma tidak digembar-gemburkan saja. Tapi, sampai bila nak diam? Macam ni ke puak-puak Kristian tu hormati perlembagaan kita? Kasi betis nak paha pulak?
Berikut aku lampirkan satu artikel mengenai isu murtad ni. Boleh baca di bawah atau klik di sini untuk baca dari sumber asalnya. Artikel ni ditulis pada tahun 2004, 7 tahun lalu dan bayangkan berapa ramai saudara seagama kita yang telah murtad...
Apa yang ingin dikongsi adalah untuk renungan kita bersama. Mungkin kita masih ingat lagi kisah Aisyah Bukhari ; seorang anak yang mempunyai asas didikan agama yang kuat ; bekas pelajar lulusan 4 senawi , pada suatu ketika dimana beliau telah murtad dan menganut agama Kristian. Zulkifli adalah peguam kepada bapa Aisyah , En. Bukhari. sedikit perkembangan berkenaan Aisyah , beliau masih menganut agama barunya dan kini tinggal di Australia.
Banyak pengajaran yang diperolehi , tapi memandangkan keadaan tidak mengizinkan , saya dapat menceritakan sebahagian darinya sahaja. Dari ceramah yang didengari semalam , mengikut rekod Jabatan Agama Islam,Selangor merupakan kawasan yang paling ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yang bertukar agama , bukan sahaja kepada Kristian , tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu. Keduanya , kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kes murtad juga terdpt di negeri-negeri lain.
yang menyedihkan , terdpt banyak kes-kes terbaru yang membabitkan remaja belasan tahun. Pada minggu lepas , Jabatan Agama Islam telah berjaya menarik balik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bersekolah disebuah sekolah di Puchong. Remaja ini telah menukar agama dan dilarikan untuk dikahwinkan dengan seorang yang berlainan agama. Di sebuah sekolah menengah di Pandan Jaya , 2 org remaja perempuan juga berjaya diselamatkan dari terus hanyut. Mengikut maklumat yang diterima dari 2 remaja ini , mereka selalu dibawa ke sebuah gereja (letaknya ditepi highway Cheras) ; diajar dan diKristiankan oel dua orang paderi wanita berbangsa Melayu. Sisters tersebut masih berada di gereja tersebut. Remaja-remaja tersebut diatas sekarang berada di Ulu Yam untuk pemulihan akidah.
Kalau kita semua boleh recall , pada beberapa tahun lepas , terdpt seorang paderi Melayu yang bernama Jamaluddin telah memurtadkan ramai Melayu disebuah gereja di Bukit Gasing. Sekarang ini beliau telah kembali ke Malaysia setelah beberapa tahun berada diluar negara ; dan dinaikkan pangkat menjadi seorang Bishop dan berjanji akan mengKristiankan lebih ramai warga Melayu disini.
Terdapat satu kes ; recently ; dimana seorang anak Tan Sri telah melahirkan seorang bayi disebuah hospital di Penang. Para petugas di hospital tersebut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam setelah mencurigai sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Wanita tersebut hanya didatangi sekumpulan yang pastinya bukan Islam. Malah wanita tersebut ingin menamakan bayi tersebut (dilihat dari borang pendaftaran kelahiran) dengan nama yang jelas bukan nama seorang penganut Islam. Jabatan Agama Islam dengan kerjasama Perkim telah berjaya membawa lari wanita dan bayi tersebut ke Selangor ; dan ditempatkan buat masa ini disebuah rumah kampung bersama-sama sebuah keluarga Islam. Walau bagaimanapun , keluarga ini sering didatangi dan dikacau oleh si'claimant' wanita tersebut. Wanita tersebut juga sedang dipulihkan.
Di Kedah yang suatu ketika dahulu sibuk dengan Black Metal , kini terdapat kumpulan baru yang menamakan diri mereka J.I.T @ jangan Ikut Tuhan. Mereka juga terdiri dari remaja-remaja Melayu (lelaki & perempuan) dan telah menolak kepercayaan kepada Allah. Cara mereka main'declare'kan diri mereka free-thinker adalah dengan cara masing-masing mencuri sebuah Al-Quran.
Kemudian mereka akan mengadakan upacara yang berasingan. Remaja lelaki akan menghidupkan api dan akan mengelilingi unggun tersebut sambil mengoyak-ngoyakkan helaian Al-Quran dan dibakar. Mereka juga memasukkan titisan darah mereka kedlm gelas yang telah bercampur dengan darah kambing (kalau tak silap). Kemudian minum. Manakala kumpulan perempuan pula, modus operandi untuk mengesahkan mereka bukan lagi Islam,ada sedikit kelainan.Remaja perempuan ini akan berbogel sambil mengoyak-ngoyakkan Al-Quran tersebut dan ditaburkan. Bagi menghina agama suci kita ini , mereka melakukan penzinaan dengan senior lelaki mereka diatas helaian yang koyak tersebut. Mengikut kata Zulkifli , Ketua Puteri kumpulan tersebut telah berjaya diselamatkan dan sekarang dalam peringkat pemulihan. Jabatan Agama Islam dengan kerjasama Perkim masih lagi mencari ahli-ahli yang hanyut itu.
Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman saya sendiri. Saya pernah mempunyai senior ketika belajar di Terengganu dahulu dan menjadi murtad pada tahun pertengahan 80-an. Dia boleh dikatakan rapat dengan saya. Seorang anak cikgu yang berasal dari Muar,seorang pelajar yang pintar & rajin mengaji Al-Quran. Setelah tamat kursus , beliau pernah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke US atas "Young Lecturer Scheme".Tetapi dihalang oleh ibunya kerana khuatir sesuatu yang tidak baik berlaku.Beliau seorang yang patuh pada perintah orang tuanya pun bersetuju. Tidak lama kemudian , kawan saya ini mendapat pekerjaan disebuah syarikat guaman yang terkenal di Kuala Terengganu. Disana bermulalah kisah yang sedih ini. Kawan saya ini telah berkenalan dengan anak tuan punya syarikat guaman ini ; sehingga mengheret dia menjadi seorang penganut Kristian. Setelah berkahwin disebuah gereja di Kuala Terengganu ,beliau pernah datang mencari saya dan terakhir yang saya tahu , dia sudah mempunyai seorang anak perempuan dan menjadi seorang penganut Kristian yang setia ; rajin ke gereja dan menghayati Bible. Tujuan saya bukan untuk mengaibkan dia , tetapi untuk kita jadikan sempadan. Kisah Aisyah Bukhari dan kawan saya ini mempunyai persamaan ;good religious foundation but got carried away. Missionary agama lain sungguh kuat dari segi bantuan kewangan ; sebab itu ia semakin menular sekarang. Dulu mereka menggunakan missionary mereka dengan cara berbuat baik mengambil hati , bercinta dan berkahwin. Sekarang , golongan pelajar Islam pula dijadikan mangsa ; kurang pasti cara mereka tackle.



0 comments:
Post a Comment