Saturday, August 6, 2011

PANAS BERAPI! NASIB HASSAN ALI BAKAL DIKETAHUI HARI INI!

Dasyat betul PAS ni kan? Dari pembuangan negara Islam hingga la ke isu Khalid Gereja vs Hassan Ali ni telah membuktikan satu perkara la, iaitu PAS hanyalah parti politik semata-mata, ini title Islam ni semua wayang je, mari kita baca berita apa yang bakal berlaku hari ini terhadap Hassan Ali dibawah:

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan bermesyuarat jam 10.00 pagi esok bagi menyatakan pendirian parti berhubung isu ‘serbuan’ ke atas sebuah gereja oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Bandar Utama, di sini malam Rabu lalu.

Ketika dihubungi AJK PAS Pusat dan juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan mesyuarat itu akan di adakan esok di Ibu Pejabat parti, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Exco agama kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang akan membuat laporan bagi mempertahankan umat Islam serta menyokong tindakan JAIS.

Manakala Khalid Samad selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor dijangkan mempertahankan perbuatan paderi gereja Methodist Damansara Utama.

Rabu lalu, sekumpulan pegawai Jais dan beberapa anggota polis telah pergi ke Gereja Methodist Damansara Utama untuk mengambil keterangan dari 12 orang Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibbah di gereja itu. Seterusnya klik sini

Hebat kan? PAS sekarang ni sanggup buat apa saja untuk seronokkan DAP! Punyalah sayangnya PAS pada DAP ni hinggakan mereka akan buat apa saja demi nak puaskan hati kekasih mereka ni! Kekadang tu aku terfikir kalau DAP mintak PAS tukar nama dari PARTI ISLAM SEMALAYSIA kepada PARTI KEBAJIKAN SEMALAYSIA pun mereka mesti sanggup punya!

Dah terlanjur korang baca pasal isu ini, ada baiknya juga kalau korang baca apa yang ditulis ole

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More