Friday, August 12, 2011

MISTERI ANAK ANWAR DAN SHAMSIDAR - THE UNTOLD TRUTH!

Sejak The Unspinners menulis mengenai kisah Afifa (klik di sini), blog NTAnwar telah membuat rencana yang mengkompilasikan rencana-rencana blog mengenai hubungan Anwar dan Shamsidar sini.



Dari situ, Unspinners ingin mengambil petikan dari blog Anwar-X Files sini yang mendedahkan bagaimana Anwar menukar darah tersebut menggunakan anak Azmin dan Shamsidar bernama Farah Shazliyana.



DNA bukan darah Afifah?



Sebelum ini mahkamah telah diberitahu ujian DNA ke atas darah Farah Afifah mengesahkan Anwar bukan bapa sebenar kepada kanak-kanak itu. Tetapi terdapat cerita menarik di sebalik insiden ini.



Menurut maklumat yang sahih, Anwar telah campur tangan mengarahkan Musa Hassan, pegawai penyiasat kes Anwar melarang Farah Afifah dibawa ke Bukit Aman untuk mengambil sampel darahnya, sebaliknya Anwar mengatakan kepada Musa, terima apa sahaja darah yang telah diberikan oleh Shamshida.







Dalam masa yang sama Shamshida dikatakan telah berjumpa dengan doktor kenalan Anwar dan mengambil darah anak perempuan sulongnya bernama Farah Shazliyana. Darah Farah Shazliyana itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.



Bermakna ujian DNA yang kononnya dikatakan sampel darah Afifah, bukanlah darah kanak-kanak itu sebenarnya, tetapi darah anak sulong Shamshida, Farah Shazliyana.



Dikatakan doktor kawan Anwar itu telah membuat pengakuan menyesal di atas tindakannya yang telah melanggar profesional kedoktoran dengan menipu darah semata-mata untuk menyelamatkan kawan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More