Saturday, August 6, 2011

Misi balas dendam

pix_gal0
Rooney anggap jumpa City aksi buka tirai EPL jadi motivasi unggul

LONDON: Penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney percaya pertembungan derby Perisai Komuniti, esok menentang Manchester City memberi peluang buat Red Devils membuktikan kemampuan mereka untuk mengekalkan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), musim depan.

"Kamu tidak akan dapat dorongan motivasi yang lebih baik untuk memulakan musim ini dengan ‘letupan’,” kata Rooney. “Ia adalah cara yang hebat untuk memulakan latihan pra-musim, mengetahui pada akhir kerja keras nanti, sebelum kempen bermula, ada perlawanan derby Manchester.
"Bertemu City dalam Perisai Komuniti adalah perkara yang baik untuk bermula. Saya tidak pernah berfikir mengenainya sehingga saya membuka televisyen malam sebelum itu dan seseorang mengatakan ia berpotensi untuk menjadi perlawanan Perisai Komuniti paling baik

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More