BAGI penggemar komik adiwira Captain America, kehadiran filem yang menemui penonton mulai 28 Julai lalu ini cukup dinantikan. Jika sebelum ini, kisah adiwira yang menjadi pujaan ramai itu hanya boleh diikuti menerusi majalah keluaran Marvel, tetapi kali ini watak Steve Rogers itu diangkat pula ke layar lebar.
Captain America arahan Joe Johnston menerima ulasan positif dalam internet. Bagi peminat filem bercorak aksi adiwira, tiada masalah untuk mereka jatuh cinta kepada filem lakonan Chris Evans, Tommy Lee Jones dan Hayley Atwell dan ramai lagi ini.
Namun, bagi peminat filem romantik dan drama, yang mana filem aksi seperti ini bukan makanan mereka, mungkin agar sukar untuk menerima filem sebegini, terutama apabila terlalu banyak aksi melampau yang tidak terjangkau dek akal dipaparkan.
0 comments:
Post a Comment