Sunday, August 7, 2011

Isu Gereja Semakin Meruncing ! Hassan Ali Di BOIKOT Media Lidah Pembangkang !


MiM ingin merujuk kepada satu artikel Mohd Sayuti Omar yang disiarkan di dalam Detikdaily.

Secara keseluruhannya, MiM dapati si penulis begitu skeptikal, takut bayang-bayang sendiri dan sangat prejudis sehingga tidak dapat membezakan di antara kepentingan politik atau pun kepentingan umat Islam itu sendiri.

Sikap skeptikal melampau tersebut sangat menyedihkan lebih-lebih lagi apabila media perdana cuba membuka ruang kepada Dr Hassan Ali untuk menerangkan his side of the story kepada masyarakat.


Tindakan Mingguan Malaysia itu kena pada tempatnya kerana isu gereja di Damansara Utama adalah isu nasional yang perlu diperjelaskan secara terperinci supaya rakyat tidak terkeliru dengan isu tersebut.

Malah, sebagai salah satu akhbar yang tertinggi pengedarannya, media perdana tersebut sebenarnya telah membantu PAS untuk menerangkan isu tersebut.

Nak diharapkan HarakahDaily? Jangan haraplah.

Malah, seperti yang dinyatakan oleh Sayuti Omar, media lidah parti PAS tidak memberi peluang kepada Dr Hassan Ali untuk menerangkan kes tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa media pembangkang lebih prejudis dan tiada kebebasan bersuara di dalamnya.

Isu ketidakadilan di dalam media pembangkang inilah yang perlu diselesaikan dulu oleh Ambiga Sreenevasan sebelum beliau berkokok menyalahkan pihak lain.

Sayuti juga menulis,
Kita memahami perasaan pejuang seperti Hasan. Dia mahu membela Islam dan bangsa. Mungkin luahan itu dilayani kerana kekecewaannya kepada parti yang tidak menyokongnya.

Itu tidak menjadi masalah, sebagai pemimpin dan orang mukmin Hasan sudah terlepas dari dosa. Mempertahankan kesucian agama dalam bentuk itu adalah kewajiban umum (fardu kifayah).

Hasan harus merasa senang kerana usaha itu telah memerdekakan orang lain dari menanggung dosa. Tindakannya sudah mendapat pahala.
Jika merujuk kepada kenyataan di atas, kita akan saksikan betapa parti PAS telah banyak berubah dan lebih mendambakan sokongan parti DAP, walau dengan apa cara pun.

Satu ketika dulu, kita lihat betapa kepimpinan PAS begitu vokal apabila berdepan dengan isu-isu yang menyentuh Islam tetapi kini semuanya telah hancur dihanyutkan arus kemaruk kuasa dan jawatan!

Baca juga di bawah dan kita akan dapati pro-pembangkang ini sudah tidak dapat membezakan fungsi media perdana dan tuntutan politik dengan tuntutan umum untuk menerangkan isu dengan jelas dan terperinci kepada rakyat Malaysia.

Jika perkara sebesar 'pergerakan halus untuk memurtadkan orang Islam' pun tidak dapat dibezakan dengan politik oleh Sayuti Omar dan pro-pembangkang yang lain, maka bertambah susahlah umat Islam di negara ini.

Baca di bawah :-
Semua yang Hasan lakukan itu betul, dari nawaitu kepada syariahnya. Cuma silapnya Hasan di sini menggunakan wadah milik parti lawan untuk meluahkan kekecewa dan membela diri. Sepatut beliau sedar akan realiti itu. Hasan boleh berkawan dengan wartawan atau penerbit, tetapi Hasan tidak boleh menerima atau berkawan dengan akhbar berkenaan yang ada agendanya sendiri. Inilah yang saya nampak satu kesilapan Hasan.

Apa yang hendak saya huraikan dan persoalkan di sini kenapa Hasan dan juga Nik Abduh memberi ruang kepada akhbar berkenaan untuk memberi semangat dan membela kepada mereka.


Iya, mungkin kerana akhbar lidah parti tidak bersedia berkerjasama, memberi siaran kepada Hasan.

Tetapi Hasan harus pandai menilai mana lebih menguntungkan dirinya dan politiknya dari MM yang menyiarkan kenyataan bersifat adu domba dengan akhabr lidah parti yang tidak menyiarkan kenyataanya, dan terlepas dari adu domba?
Dan satu perkara refleks yang terjadi sekarang, Sayuti Omar itu sendiri tidak menggunakan saluran yang betul untuk menegur atau berbincang dengan Hassan Ali sebelum beliau menulis artikel tersebut.

Malah, dalam isu 'murtad' ini, Sayuti Omar tidak patut menyalahkan Hassan Ali dan berhujah tentang keuntungan diri dan politik Hassan Ali.

Yang penting, rakyat tahu cerita sebenarnya. Itu yang patut kita perjuangkan!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More