Monday, August 8, 2011

HANGIT BERAPI!!! HASAN ALI MASUK UMNO!!!

Tergelak besar aku bila baca tulisan seorang pengkomen yang beria-ia menyalahkan Hasan Ali dengan kemelut yang sedang melanda Pakatan Rakyat. Bersungguh-sungguh dia menyatakan bahawa apa yang berlaku sekarang adalah konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.



Wei Pokemon... sejak bila pula Pakatan Rakyat jadi kerajaan? Yang ada sekarang adalah DAP-PKR-PAS dan ketiga-tiga parti tersebut bukan dalam kelompok macam Barisan Nasional. Ketiga-tiganya bukannya Pakatan tetapi Fuckatan... bila masa pula Pakatan Rakyat ditubuhkan dan didaftarkan?



Yang paling aku tak sangka ialah bila si pengkomen berkenaan bersungguh-sungguh benar menyalahkan Hasan Ali kerana konon katanya, Hasan Ali bercita-cita besar menjadi Menteri Besar Selangor. Disebabkan cita-citanya itulah, Hasan Ali buat seperti yang dibuat oleh JAIS iaitu membuat pemeriksaan di premis Methodist.



Pokemon ni faham ke tidak apa itu Methodist?



Kalau tak salah aku, masa rundingan gelap tentang Kerajaan Perpaduan, Khalid Samad pun ada sekali. Kenapa Khalid Samad pun tak diheret sama? Tidakkah tindakan Khalid Samad yang menyalahkan Hasan Ali dan menimbulkan kebencian majoriti orang Melayu-Islam kepada PAS sekarang, jauh lebih besar mudaratnya berbanding tindakan Hasan Ali yang mendapat sokongan? Siapa sebenarnya yang nak menjatuhkan PAS?



Untung sangat ke PAS Selangor yang hanya ada 8 kerusi dengan tindakan Khalid Samad? Kalau majoriti orang Melayu-Islam dah benci kat PAS, takkan PAS Selangor nak bertanding di Kinrara, Sekinchan atau Seri Kembangan sebab kat sana, Melayu-Islam bukan majoriti?



Akai ada, pakai ler sikit...



Aku bukannya nak bela Hasan Ali sebab bagi aku, Hasan Ali adalah seorang pelakon yang sangat berbakat. Bukan sekali dua dia berlakon, dah banyak kali dan banyak kali juga terkantoi. Tapi bab JAIS membuat pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama, aku sokong penuh. Sebabnya JAIS bertindak atas undang-undang dan enakmen syariah Selangor.



Yang jadi masalahnya ialah Gereja dan DAP serta Melayu-Melayu pokemon macam pengkomen tu yang begitu bersungguh-sungguh nak ambik hati pengundi bukan Islam. Janganlah disebabkan undi, semua benda hendak digadaikan.... DAP tidak pernah memperjudikan sekolah vernakular atau Bahasa Cina, tak kiralah Mandarin ke, Hokkien ke, Kantonis ke untuk mendapatkan undi Melayu. DAP juga tidak pernah memperjudikan Jesus Christ, Lady Mary, St.Paul dan segala macam idol Kristian yang lain.



Janganlah teruk sangat sampai melihat segala benda dari segi politik... buruk dan bongok sangat rupa serta kelakunya... reserve ler sikit, walaupun anda bodoh macam beruk!!!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More