Saturday, August 6, 2011

GEMPAR BERCILI! BENARKAH MAHATHIR INGIN JATUHKAN NAJIB?

Dasyat kan tajuk yang aku letakkan ni? Namun inilah dianya mainan terbaru dari pihak-pihak tertentu yang ingin memecah-belahkan UMNO. Aku rasa aku dapat hidu pihak mana yang bertanggungjawab ni cuma aku tak nak la cakap sekarang ni, biarlah kita tunggu masa yang sesuai nanti.

Sementara itu, korang mesti kena baca apa yang telah Tun M tulis dalam blog beliau yang kini dah semakin cantik sekarang ni. Aku sertakan sedikit petikan dari blog Ayahanda tercinta ni untuk tatapan korang, baca dan fahamilah keadaan sebenar ok:

1. Usaha sedang dibuat untuk melemahkan lagi UMNO supaya ia dapat dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13, bahkan jika boleh untuk menghancurkan UMNO sekarang ini juga.

2. Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang kononnya tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

3. Kononnya saya dibelakang gerakan untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengganti Najib.

4. Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden.

5. Pergolakan akan berlaku secara serius dalam UMNO dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

6. Terdahulu dari ini seorang pemberita semasa sidang akhbar telah bertanya kepada Najib samada dia lebih Melayu atau lebih Malaysian.

7. Soalan ini sengaja dibuat kerana Muhyiddin biasa mendakwa yang dianya lebih Melayu daripada Malaysian.

8. Sebenarnya soalan ini patut ditujukan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk pemberita yang bertanya. Apakah rakyat Malaysia pelbagai keturunan lebih utama kaumnya atau lebih utamakan kerakyatan Malaysianya?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More