Sebuah portal berita yang telah dikenalpasti sebagai mendapat biaya daripada agensi Zionis yang turut terbabit aktif dalam pembiayaan penganjuran demonstrasi BERSIH 2.0 9 Julai cuba melaga-lagakan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan Mydin yang merupakan teras utama Kedai Rakyat 1Malaysia.
Mydin telah mendapat peruntukan daripada kerajaan Malaysia sebanyak RM1 bilion. Peruntukan tersebut telah diluluskan oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PERMUDAH) yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala.
Kedai Rakyat 1Malaysia menawarkan harga yang jauh lebih rendah dan mengutamakan pengusaha-pengusaha SME yang hampir seratus peratus daripada mereka adalah kaum Bumiputera sebagai pembekal. Sambutan yang diberikan kepada Kedai Rakyat 1Malaysia semenjak dibuka, amat menggalakkan dan kini Mydin merancang membuka beberapa buah lagi outlet Kedai Rakyat 1Malaysia di Lembah Kelang sebelum di seluruh Malaysia.
Secara tidak langsung, Kedai Rakyat 1Malaysia memberi manfaat dan peluang lebih besar kepada pengusaha-pengusaha bertaraf SME Bumiputera yang selama ini terpaksa bersaing dengan pengeluar-pengeluar yang berstatus mega.

0 comments:
Post a Comment