Dalam menangani apa juga isu panas, kebijaksanaan sentiasa memainkan peranan yang cukup penting.
Dan kebijaksanaan itulah yang ditunjukkan oleh kepimpinan PAS Pusat apabila membuat keputusan untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) untuk mengetahui sendiri apa yang berlaku sewaktu serbuan kontroversi di majlis makan malam untuk mengutip dana, baru-baru ini.
Dalam sidang media di ibupejabat parti itu, Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang berkata , sebelum sebarang kesimpulan dibuat, mereka mesti adil dan mendengar penjelasan semua pihak yang berkenaan.
Langkah bijak PAS itu patut dialu-alukan oleh semua pihak.
Pada masa yang sama ia juga merupakan tamparan kepada dua Khalid, yang menjadi ‘pemain utama’ dalam politik Pakatan Rakyat di Selangor. Pertama, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan kedua, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.
Apabila PAS membuat keputusan untuk bertemu kedua-dua belah pihak sebelum menyatakan pendirian, ia sesungguhnya menghantar mesej jelas kepada kedua-dua Khalid itu, yang ternyata SANGAT terburu-buru dalam menangani isu ini.
Khalid Samad, tanpa segan silu dan dengan tidak teragak-agak, seakan terus melabelkan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sebagai telah bersalah kerana ‘merestui’ serbuan (atau pemeriksaan) JAIS itu.
Khalid dengan nada keras mengecam kaedah serbuan JAIS itu dan pada masa yang sama berkata, “Apakah penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah al-Quran dan doa? Ini bukan pendirian PAS. Ia pendirian beliau (Hasan) sebagai Exco yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama.”
Khalid, yang seorang lagi pula, sebelum mengeluarkan ‘gag order’ atau arahan tutup mulut kepada barisan kepimpinan negeri berhubung isu itu, sempat membuat kenyataan tergesa-gesa, dengan mengatakan kerajaan negeri memandang serius insiden itu.
Secara peribadi juga beliau telah menghubungi orang kuat gereja berkenaan, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden tersebut.
Tindakan kedua-dua Khalid itu tidak sukar difahami. Ia lebih bersifat politik daripada maksud menjaga keharmonian kaum. Kekhuatiran hilangnya sokongan bukan Melayu dan bukan Islam kepada Pakatan Rakyat Selangor menyebabkan mereka gagal bersabar untuk menyiasat perkara sebenar sebelum membuka mulut.
Isu ini bukanlah kecil. Sifatnya juga agak berbelit. Di satu pihak berkata ia sekadar majlis makan malam untuk tujuan amal yang tidak sepatutnya dicurigai, manakala di pihak lain mendakwa terjadi sesuatu yang lebih serius di situ – percubaan menyebarkan agama lain kepada penganut agama Islam.
Apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepercayaan dan pegangan agama seperti ini, sebarang tindakan terburu-buru boleh membawa akibat jangka panjang yang pastinya tidak begitu manis. Pakatan Rakyat mungkin beroleh untung apabila kedua-dua Khalid bertindak cepat untuk menyejukkan hati penyokong bukan Melayu dan bukan Islam.
Tetapi tindakan yang sama sebenarnya telah melukakan hati mereka yang beragama Islam. Walaupun dakwaan JAIS mengenainya adanya percubaan menyebar agama lain itu belum disahkan kesahihannya, namun setidak-tidaknya berilah peluang kepada pihak berkenaan tampil mendedahkan buktinya. Tidak wajar mereka terus diselar dan dianggap bersalah sehingga kerajaan negeri terpaksa meminta maaf kepada pihak lain.
Sebab itulah apa yang dilakukan oleh PAS Pusat sebenarnya lebih betul dan lebih bertanggungjawab. Dan kita cuma berharap apa juga hasil daripada ‘pertemuan dengan kedua-dua belah pihak’ itu nanti dihadapi dengan berani oleh PAS. Janganlah hendaknya ada yang cuba disorokkan semata-mata kerana mahu menjaga kepentingan politik.

0 comments:
Post a Comment