Mungkin tidak ada modal untuk menyerang Kerajaan dan musuh utama Papanya, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nurul Izzah bertindak melulu tanpa usul periksa apabila menuduh kononnya Perdana Menteri hilang kawalan terhadap institusi pilihanraya, SPR. Izzah fikir, dakwaan Malaysiakini, Topeng Perak dan Penarik Beca itu betul?
Patutnya, Izzah perlu siasat terlebih dahulu sebelum “menembak” membuta tuli. Sekarang, senjata sudah makan tuan. Izzah juga yang malu teruk. SPR dan JPN sudah membuat kenyataan media mengenai dakwaan bodoh oleh Malaysiakini yang kononnya buat “scoop”!
SPR awal-awal lagi menepis dakwaan itu apabila Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa hanya database JPN sahaja yang mampu menentukan sama ada mereka warganegara atau tidak, dan menentukan mereka layak mengundi atau tidak. Tumpuan kini kepada JPN pula…
JPN pula menyatakan bahawa semua dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana mereka-mereka yang terbabit merupakan sebahagian dari 29,290 orang yang diluluskan permohonan kewarganegaraan mereka yang membolehkan mereka juga menjadi pengundi yang sah. Mereka-mereka itu dikenal pasti sebagai isteri kepada warganegara, mereka yang lahir sebelum tarikh merdeka dan warga asing yang telah bermastautin tetap lebih dari 12 tahun. Itu pun sudah disaring.
Kalau Izzah nak tahu, mereka-mereka ini digelar sebagai “geng 71″! Nak tahu siapa “geng 71″, nombor di tengah-tengah kad pengenalannya adalah berangka 71. Untuk itu, saya minta Izzah periksa kad pengenalan mana-mana kenalan yang rapat dengannya yang mengundi. Untuk pengetahuan Izzah, ada “geng 71″ ini yang menjadi Ahli Parlimen, ADUN dan “sangat rapat” dengan Papanya!
Antara yang dikesan sebagai “geng 71″ ialah “madu” papa Izzah sendiri, Azmin Ali, Zuraidah “Mak Lampir” Kamarudin, Badrul Amin dan Saifuddin Nasution! Cuba tanya mereka, apakah mereka merupakan pengundi hantu atau “phantom voters” yang digembar-gemburkan oleh puak-puak Izzah sendiri?
Sekarang, siapa yang malu? Izzah dan Papa Izzah sendiri, bukan? Itulah, saya sudah ingatkan, fikir dan siasat dahulu tentang kesahihan sesuatu perkara sebelum menembak orang. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Tiba-tiba saja nak salahkan Perdana Menteri, sedarkah Izzah bahawa dia sedang berada dipihak yang salah?




0 comments:
Post a Comment