Thursday, August 11, 2011

Chong Wei, Koo-Tan nyala impian



DUA wakil negara - Lee Chong Wei dan beregu emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menyalakan impian masing-masing di Arena Wembley, semalam untuk memburu mahkota kejuaraan Kejohanan Dunia edisi kali ini.



Ujian getir menunggu Chong Wei yang bakal berdepan Park Sung-hwan untuk memburu tiket ke suku akhir selepas mudah menewaskan pemain kurang ternama dari Finland, Lang Ville 21-10, 21-10 di pusingan kedua.

Koo-Tan melangkah ke pusingan ketiga selepas berhempas pulas menewaskan pasangan baru China, Liu Xiaolong-Qiu Zihan 21-6,20-22, 21-15.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More