esir, Mexico juga ke pusingan 16 pasukan terakhir Piala Dunia B-20
BARRANQUILLA (Colombia): Pilihan kejohanan, Argentina dan Brazil melakar kejayaan mudah, kelmarin untuk melangkah ke pusingan 16 pasukan terakhir kejohanan Piala Dunia bawah 20 tahun ketika England mempunyai peluang tipis untuk mara selepas sekadar mencatat keputusan seri dalam ketiga-tiga perlawanan sebelum ini.
Brazil membelasah Panama 4-0 manakala Argentina menundukkan Korea Utara 3-0 untuk menjuarai peringkat kumpulan dan mengesahkan tempat di pusingan kalah mati manakala Mexico yang seri menentang England turut mara selain Mesir yang menundukkan Austria 4-0.
“Ia adalah kemenangan yang penting kerana ia memberikan kami keyakinan yang lebih untuk perlawanan selepas ini,” kata pemain Brazil, Philippe Coutinho yang juga perancang tengah Inter Milan.



0 comments:
Post a Comment